Translate

Monday 21 April 2014

Bagaimana Booking Rumah dan Pilihan Bank Menarik

Booking Rumah
Booking fee atau deposit ni menandakan tahap keseriusan kita nak beli.. ala2 chup dulu..tapi tak semestinya confirm dapat,  sebab kena tengok juga status pemohon samada layak atau tidak. Jumlah deposit yang dikenakan adalah berbeza bergantung kepada developer masing-masing. Macam hamba booking fee agak tinggi dalam 3K kalau tak silap. Duit booking ni kalau katakan loan tak lepas selepas habis semua bank di cuba, developer akan pulangkan balik kepada kita. Tapi kalau kita yang tiba tiba gatal nak cancel rasanya burn macam tu jer atau hanya sebahagian julah yang akan dipulangkan ( tengok developer jugak). So kalau nak letak booking fee tu sebaiknya memang dah habis pikir dan agak-agak dah nak sangat- sangat. Nanti tak pasal2 burn duit booking . Kalau lepas permohonan  loan, amount loan yang dimohon akan ditolak dengan booking fee.

Contoh :-
  
     Harga Rumah  RM 349,200
-    Booking Fee  RM   3,000
     Loan Amount  RM 346,200*


 * Ni contoh sahaja kalau loan 100%.
Biasanya loan sangat jarang lepas 100% perlu ada 10% deposit. Tapi kalau takde deposit sebanyak itu macamna? Ada cara lain tak? Mungkin boleh bincang balik dengan property agent anda cara untuk cover deposit yang 10% tadi.

No comments:

Post a Comment