Translate

Thursday 8 May 2014

Apply Loan Rumah

Assalamualaikum.. hamba berharap dengan adanya blog ini dapatlah berkongsi pengalaman hamba yang tidak seberapa sebab hamba sendiri mempunyai masalah untuk mencari blog yang berkisarkan tentang perumahan di area Mantin baik dari segi pengalaman membeli, pengubahsuaian , dekorasi dll. Diharapkan perkongsian hamba dapat memberi sedikit idea dan sekiranya ada yang false and flaws hamba dengan segala rendah diri memohon maaf. Lagipon mana tahu ada kawan-kawan kat luar sana yang tengah tercari- cari maklumat tentang perumahan area sini. Kot-kot jiran sebelah tangga ker..

Okay.. Berbalik pada tajuk permohonan loan@ pinjaman perumahan. Setelah ditimbang tara papa bersetuju untuk try submit loan. Kita cuba dulu.. Kalau tak lepas kita cari yang lain. Kalau lepas Alhamdulillah..


Persediaan dokumen perlu dilakukan. Biasanya akan diberikan satu document checklist,  kita hanya perlu sediakan ikut senarai itu sahaja;

a) salinan IC
b) Slip gaji 3 bulan
c) Penyata KWSP
d) Penyata Bank
e) Borang EA
Semua dokumen ini mestilah yang terbaru. Ada sesetengah bank perlukan 6 bulan pay slip atau bank statement terutamanya jika pemohon adalah daripada sales background yang memang basic biasa biasa ajer tapi mempunyai komisen yang tinggi.

Kita juga perlu tahu samada ingin buat loan bersama ( suami isteri join income) atau sendiri2. Boleh juga join loan tapi rumah satu penama atau single loan tapi nak letak dua penama. Mana- mana pun boleh ikut suka hati.


Setakat ni dulu perkongsian hamba..

No comments:

Post a Comment