Translate

Monday 26 January 2015

Kunci Rumah Baru

21 January 2015 Alhamdullilah dah hampir 2 bulan menunggu akhirnya kunci rumah dah pon ada ditelapak tangan.. Penyerahan kunci dilakukan berperingkat-peringkat…jadi sebelum sampai giliran kami memang teruja tengok orang lain dah start renovate..ada yang dah duduk dah pun..


Gembiranya papa dapat kunci rumah.Hamba tukang snap jer.
Sebelum ambik kunci memang kena telefon pejabat dulu untuk buat appoinment dan tanya siap-siap ada pending payment yang perlu diselesaikan sebelum penyerahan kunci dilakukan,disebabkan bil Syabas,TNB dah dibuat sebelum ni jadi memang takde tungakan yang perlu dijelaskan.

Semasa penyerahan kunci bukan dapat kunci jer,developer siap briefing pasal guard maintenance serahkan kepala paip depan dan belakang, main plug elektrik, dokumen original dan resit-resit yang berkenaan. Semua kunci akan diserahkan pada owner cuma kunci sliding door jer yang masih dipegang developer incase ada nak betulkan defect. Lepas dah siap semua pembaikan aduan baru lah kunci akan diserahkan sepenuhnya kepada owner.

Lepas dapat kunci nak buat apa? Check fitting dengan defect. Disebabkan masa suntuk cuma dapat check fitting je. Check setiap bilik air ada toilet seat,bowl, paip etc. Lepas ni developer tak tanggung kalau hilang. Sebab tu kena kunci rumah dan simpan elok2.



Ni tengah check fitting  mana yang sempat mata ni meliar nak menangkap kecacatan..