Translate

Wednesday 24 June 2015

Kedai Second Hand Kajang-Mantin


Berminat nak menghias rumah tapi..KEKURANGAN bajet? Apa cara yang boleh kita gunakan? Tak semua orang mampu untuk buat loan dan punyai banyak Wang simpanan lebihan terutamanya selepas membeli rumah baru. Macam hamba sendiri memang tak terpikir nak buat personal loan untuk melengkapkan barangan dalam rumah..apatah lagi berhutang dengan Court Mammoth..sanggup hamba bersabar dan mengumpul walaupon akan ambik masa yang lebih lama. Janji free interest..

  Masing-masing punya cara tersendiri.. Alternative yang hamba guna adalah dengan menerjah ke kedai second hand. Kedai second hand ni memang best dan berpatutan. Terutamanya bila dapat bargain… Kebanyakan kedai second hand ni menjual barangan lama hotel dan harganya jauh lebih murah. Tapi kena pandai pilih.. Nak murah tapi nampak mahal..Memang tagline hamba kalau berbelanja..

Area Kajang-Mantin ada 2-3 tempat kedai second hand yang kami singgah. Area Bandar Teknologi Kajang belakang billion, kat sini ada 2 kedai.. pusing2 jer kat situ.. Area Semenyih pon ada 2 kedai.. Satu betul-betul terletak tepi jalan. Tak macam kedai..lebih macam kilang pelupusan..takder signage yang obvious. Tapi kalau dari pekan Semenyih, kilang ni sebelah kanan. Lepas Mc Donald, sampai simpang Tesco(sebelah kiri) standby kanan untuk u-turn. Jalan macam nak turun bukit sikit..tak sampai 20 meter rasanya..First time pergi 2 kali pusing sebab terlajak..

Barangan yang hamba beli dari beberapa kedai..
Bantal bulu itik.. sebiji RM20 je..borong 4 biji..

Boleh cuci letak Clorox sikit dengan sabun..Jemur tengah panas kaw kaw.. Macam baru..


Penyangkut ni RM50 sahaja..



Bench ni RM150 sahaja..


Tak semestinya kalau nak menghias rumah kena guna barang yang mahal-mahal..Kalau rajin survey dengan barangan second hand pon mampu mengayakan rumah ala-ala hotel 5 bintang..Yang penting tepuk dada tanya poket..

Sunday 21 June 2015

Project DIY 3- Update Master Bedroom Korea Wallpaper

Salam uolls..Haritu dah gigih pasang wallpaper kat hall..Hari ni plan nak pasang wallpaper dalam bilik master pulak.. Plan nak ala ala klasik bila pilih wallpaper..jadi ker tak jadi?
Biar gambar berbicara..

Lepas subuh..gigih papa bentang wallpaper

Yeay.. Nak siap dah.. Botol air sahur tadi..papa jangan buat-buat lupa yer..

Dinding ni tak cukup satu roll.. Tinggal dlm satu kaki tak cukup.. Takkan nak beli lagi kan.. Gunalah imaginasi untuk memenuhkan ruang dengan gigih. Jenuh memadankan cebisan lebihan wallpaper..
Akhirnya berjaya jugak penuhkan satu dinding.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hasil nya...
 
 Apa pulak projek DIY selepas ini? Macam-macam dalam kepala sekarang ni..cuma nak dahulukan yang mana?

Monday 15 June 2015

Project DIY 3- Tips Memasang Korea Wallpaper

Salam semua, dalam entry Projek DIY Korea Wallpaper hamba pernah share tentang pemilihan wallpaper. Nampak macam mudah proses pemasangan Korea Wallpaper tapi berpeluh peluh jugak nak siapkan satu satu dinding.
 Gigih papa memasang wallpaper lepas balik kerja..Tq papa

 Warna berbeza sebab lighting.

Untuk satu roll harga RM125 boleh muat 2 dinding ni..Luas kawasan coverage dalam anggaran 10ft(t) X 8ft(l). Rasanya satu roll anggaran 50ft x 2.5ft(terlupa ukur). Untuk pemilihan wallpaper bercorak kena pastikan corak sepadan kiri dan kanan sebelum ditampal.. Cara mudah ukur siap-siap dan potong untuk sepadankan corak pada sambungan sebelum pemasangan. Kalau dah tampal baru nak potong dan padankan agak leceh sedikit. Bahagian yang lebih jangan terus dibuang mana tau boleh guna untuk touch up. 

Tips lain yang hamba ingin kongsikan:
  • Sapuan gam terus dibahagian belakang wallpaper memberikan efek yang lebih kemas berbanding sapukan gam pada dinding kerana gam cepat kering dan bahagian yang kurang gam akan mengelembung(jangan buat).
  • Beberapa saat selepas gam disapu, wallpaper akan menjadi sedikit kembang dan lembut (macam kertas kalau kena air akan kembang). Kena extra careful semasa adjust takut terkoyak(agak fragile dan berat sebab gam yang heavy). Jangan kedekut gam, satu paket gam memang cukup untuk satu roll malahan berlebih-lebihan. Gam yang heavy sangat membantu memberikan efek yang rata terutamanya jika dinding rumah anda mengerutu.
  • Penggunaan scraper adalah untuk kemasan dan membuang lebihan gam .
  • Sekiranya terkoyak jangan susah hati, letak banyak sikit gam gunakan scraper dan tampal seperti biasa. Insya Allah tak nampak bahagian yang terkoyak. 
  • Sekiranya anda membuat sambungan dengan menindih wallpaper atas wallpaper, kemasan akan nampak tak cantik. Nasihat hamba, cuba sambungkan sebelah menyebelah dan gunakan scraper untuk dapatkan hasil yang lebih baik.
  •  Setiap dinding rumah tidak sama, ada yang senget dan mengerutu. Daripada anda berusaha untuk mengikuti garisan tepi wallpaper adalah lebih baik anda lebihkan dan potong lebihan wallpaper mengikut tepi dinding. 
  • Mulakan menampal bahagian dinding daripada luar ke sudut dalam. Sekiranya terdapat sambungan yang kecil(incase tinggal baki 2-3 inci) sambungan wallpaper lebih tersembunyi berbanding sambungan di bahagian luar dinding.
  • Untuk menampal wallpaper dengan ketinggian 10ft dengan pengalaman amatur memang agak mencabar, melainkan anda memang superb. Apa yang hamba cadangkan, potong kepada 2 bahagian supaya lebih mudah tapi bukan potong kepada 1/2 bahagian sebaliknya bahagikan 1/4 bahagian atas dan 3/4 bahagian bawah. Pembahagian kepada 2 kawasan sangat membantu terutama wallpaper bercorak. Sambungan yang berada tinggi diatas kepala tidak nampak terlalu jelas berbanding sambungan di paras bawah pinggang(gunakan scraper untuk kemasan).
 Setakat ni sahaja perkongsian hamba untuk DIY/DIT (Do It Together  with papa). Wink.





















 

Tuesday 9 June 2015

Meja Makan Empat Segi Sama Idamanku- Square Table

Meja makan idaman tapi belum mampu milik.. Memang mengidam meja empat segi sama lapan kerusi. Kalau berkumpul dengan parent dan parent in laws muat semua duduk di meja makan. Tapi harga tu tak menahan..kalau tak kuat iman memang beli meja empat segi tepat je lah jawabnya..tapi..tapi..tapi.. harga nya atas 4k.. bertahan lah diri ini.. Sementara waktu ni pakai meja jepun la dulu yer.

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

 Sumber: Google

Project DIY 3- Korea Wallpaper



                           Sumber: Google
Sekarang nih tengah musim gile wallpaper.Tambahan bole DIY selain mencantikkan rumah projek DIY ni memang mampu milik dan dapat memberikan kepuasan kepada pengemar wallpaper. Memang dah pasang niat sebelum ni alang-alang papa ambik cuti nak teman hamba check-up baby nak terjah Korea Wallpaper konon nak membelek sebab terpengaruh dengan mama dan adik hamba yang dah beli 4 roll wallpaper untuk dipasang dibilik masing-masing. 




Korea Wallpaper yang hamba terjah ni dekat sebelah IOI mall lama. Sebelum ni hamba kurang minat dengan wallpaper cuma plan nak main dengan warna cat jer. Tapi bila dah sampai memang terbeliak mata tengok corak corak yang bergantungan tuh..geram sangat.. terus hamba ubah fikiran lagipon memang berbaloi-baloi sangat harga yang ditawarkan. Tambahan sekarang tengah offer nak raya. Satu roll dalam RM 60 pon ada. Berpinar mata tengok katalog yang tebal dan berat. Nasib baby tak mengamuk omaknya tengah bizi mebelek katalog. Masa tengok dalam showroom dengan lighting kuning memang susah nak decide nak pilih yang mana semua nampak cantik... Cuma disebabkan lighting kuning dan tengok sample katalog memang ada sedikit perbezaan bila dah siap pasang kat dinding. Dalam katalog nampak macam terang tapi bila dah pasang okay jer. Advise hamba kalau ambik kaler yang cerah jangan terkejut bila dah pasang nanti warna macam pudar jer.

Selepas dah decide wallpaper yang kita nak, hanya berikan nombor katalog kepada kaunter dan diorang akan check stock. Kalau ada stock dah boleh buat bayaran dan ambik wallpaper untuk dibawa balik. Set pemasangan DIY yang terdiri daripada satu paket gam, roller dan scrapper dijual dengan harga RM 39.90. Gam yang digunakan macam serbuk kanji, kena bancuh dan tunggu sampai tak berketul baru boleh guna. Satu paket gam memang cukup untuk satu roll. Perkhidmatan pemasangan wallpaper pon ada disediakan cuma hamba tak tanya berapa kos pemasangan.

 Ni ada 3 kaler, hamba ambik yang kiri sebab corak yang lebih menonjol.

Corak ni pon ada 3 kaler, kaler ni dah habis, jadi hamba pilih silver cream.Harap- harap cantik macam ni bila dah pasang nanti.

Sebab tak rancang nak balut semua dinding dengan wallpaper jadi kami beli 2 roll je dulu. Untuk bilik master nak letak kat bahagian head board dan dinding ruang makan. Corak yang menjadi pilihan untuk bilik master warna gold cream bunga yang besar acah-acah klasik. Untuk ruang makan warna silver cream menjadi pilihan kalbu. Tak sabar nak pasang tapi kena tunggu kakak dengan adik ni tido dulu.. Nanti hamba kongsikan hasil DIY wallpaper dalam entry Tips Memasang Korea Wallpaper