Translate

Tuesday 19 May 2015

Project DIY 2-Langsir Dapur

 Bila dah tak jadi nak buat roman blind untuk tingkap dapur mulalah project DIY langsir dapur. Masa tempah langsir kat Nilai 3 dah pernah mintak quotation dengan Sri Maju siap 1 jam. Untuk langsir 3 panel dengan harga kain yang sama mencecah RM500++ jugak..macam mahal pulak.. Hasrat hamba nak beroman blind kat dapur terpaksa dilupakan sekejap..Habis tak kan nak biar tingkap dapur bogel je kan.. Maka bermulalah episod google mengoogle mencari idea..yang praktikal, cantik, mudah dan paling penting save cost katanya..

 Tup tup dapat idea nak buat macam ni.. Pakai rod lepas tu guna Velcro..
 

Sumber: google

 Operasi mencari kain sampai ke Nagoya KL. Kebetulan bondaku memang nak cari kain langsir tambahan..

Ni hasil rembatan di Nagoya. Rambu ramba nak ikat kat langsir sliding. 

 Pulun mintak papa pasangkan mesin jahit sekali dengan mesin jahit tepi Singer kesayangan hamba.. Lepas potong kain hamba terus pulun menjahit dengan gigih. 

Hasil selepas satu jam..taraaaa


Cantik tak langsir nya..

 Habis tu macamana dengan roman blind? Nampaknya kena tunggu dululah jawabnya...

Monday 18 May 2015

Project DIY 1-Lampu

Project DIY mengecat lampu. Gara gara nak seragamkan konsep lampu papa rajin spray body lampu daripada warna chrome jadi warna hitam. Me likey.. Nampak lagi solid gitu..

 Nampak gagah tak?

Bila dah pasang semua part jom kita gantung

Taraaaaaa....

Ruang mana ni?
Ruang makan yang belum ada meja makan.. Ni pon baru dapat lampu idaman kalbu.. Kalau tak bergelap je lah..makan pon kat area ruang tamu..Semestinya beli di House Lighting..

Langsir Murah Nilai 3


Entry kali ni hamba nak share pasal langsir. Bila dah rumah baru mesti nak pakai langsir baru, perabot baru, serba serbi nak baru.. Tapi disebabkan bajet tak ramai hamba plan nak tempah langsir sliding dengan bilik master jer dulu.. Bahagian lain pakai je langsir yang diwakafkan oleh mak mentua tersayang.. Untuk dapur macam gatal tangan nak buat roman blind..tapi nak riki harga dulu.

Sebelum ni puas google dan blog walking mana nak dapat langsir yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ada yang recommend Nagoya(time offer) tak kurang yang suggest kedai area nilai.


 Disebabkan hamba ni dah tunggu hari je nak meletop dan berkejar nak dapatkan harga sebelum GST, kami sepakat terjah kedai yang siap express tu. Ala yang siap 1 jam. Salah satu kedai siap 1 jam yang kami pilih adalah Sri Maju. Kami sepakat untuk tempah bahagian sliding door 3 panel dengan bilik master. Harga yang di letak memang mahal. Tapi awal2 dia bagi diskaun 50% katanya( ntah2 dah memang harga tu kan).

Hamba tak tunggu siap pon sebab tak nak dia buat rushing nanti buruk plak jahitannya.. Papa terus cakap nak ambik esoknya.. Kain yang pakai di sliding (night curtain) RM35/meter selepas diskaun. Total dalam RM 700 untuk night curtain, day curtain dan scallop. Rasa macam okay jer.Lagipon yang dekat hall je nak melaram lebih sikit. 

Untuk master bedroom hamba decide nak guna kain guni ala ala hotel katanya. Yang jenis ni murah sikit dari material yang blackout. Nanti pakai yang blackout mau tak bangun tido. Disebabkan tingkap bilik hamba memang selebar lebar alam mencecah RM400 jugak. Hamba ni jenis alah membeli menang dipakai.. Bukan selalu kan nak feeling mengada ni.


Nak tengok rupa langsir hamba..
Taraaa...


 ni langsir sliding untuk 3 panel. Warna off-white campur grey dengan gold sikit.

Ni pulak langsir untuk master bedroom. Hamba pilih dark brown. 

Jahitan dan servis memang tip top. Pandai diorang matching kan kain dengan warna manik jurai tu. Lepas ni aktiviti mengemas dan mendeko pulak. Disebabkan bajet ciput so pelan pelan kita deco yer. 

Dalam bilik pon nak bubuh chandelier.. Hah jangan tak tau ni lah lampu yang mula2 skali hamba beli dekat House Lighting konon untuk dining area. Tapi sebab tak berapa matching dengan konsep kat ruang tamu tu yang berpindah ke master bedroom. Feeling macam check in hotel tiap kali masuk bilik..

Wednesday 6 May 2015

Mantin- Pindah Rumah

25 April 2015- Secara rasminya hamba berpindah rumah baru. Acara angkut mengangkut dari rumah sewa ke rumah sendiri. Walaupon nampak macam tak banyak barang tapi 3 trip jugak lori 1tan. Memang mencabar jugak bila berpindah time dalam pantang nih. Gara- gara en hasben nak kejar cuti panjang sempena labor day yang bersambung dengan hari wesak... Hamba yang menurut perintah follow jer. Lagipon secara tak rasmi hamba melantik diri sendiri sebagai pemerhati tegar.. Gara- gara tak bole melasak kerana bersalin operate..makanya tugas hamba hanya memgulit baby sepanjang proses pemindahan..



Aktiviti memasang railing, kipas dan lampu.. Nasib baik papaku datang membantu..terima kasih papa.