Translate

Tuesday 6 October 2015

Kebun Mini 1- Tanaman Wajib Belakang Rumah

Puhhh..puhhh berhabuk bersawang berkulat dah pon page hamba nih..lama betol tak update. Bukan sebab saranan Ahmad Maslan hamba mula berjinak-jinak menanam ni..tapi rasa alangkah seronoknya kalau dapat berbudi pada tanah dan mengutip hasil kebun kecilku dari titik peluh sendiri..Nikmat yang tak terkata..chewahhh.. kadang-kadang disebabkan tak tahu nak tanam apa,dibiarkan tanah di belakang rumah sia-sia. Sedangkan kalau dapat kat bangla tanah tepi jalan pon dia belasah buat kebun tanaman. Kagum betul semangat macam tu. 

Semenjak join group Kebun Bandar hamba pon terpengaruh nak belajar menanam. Bukan nak menunjuk2 hasil yang tak seberapa.. tapi nak berkongsi dan merasa sendiri hasil kebun kecil belakang rumah dan menimba ilmu daripada otai-otai.. macam rumah hamba yang tanah agak comel hendaknya, apa yang hamba tanam?



 
Nampak tak preview tanaman wajib yang hamba rasa patut ada dibelakang rumah. Kalau nama masakan asia ni..memang tak boleh lari dari menanam serai, kunyit,lengkuas, pandan, kari. Kadang-kadang nak pakai sikit jer..tapi terpaksa beli..yang selebihnya kering dalam peti..rugi2..


Ni pokok kunyit dan lengkuas hamba, bila mintak tolong suami ambik kan jenuh pulak sebab katanya lebih kurang.. nampak tak bunga kunyit..excited bila pertama kalu tengok bunga ni..walaupon banyak khasiat..tapi sengaja hamba biarkan dia bertumbuh.. Next time kalau ada lagi baru hamba petik buat ulam.. Yang tak seronok selalu diserang ulat berbulu..geram betol..
     
Ni pulak pokok kari nama saintifiknya Murraya Koenigii hamba..ni pon selalu kena ganggu dengan makhluk halus..sampai tahap hamba spray ridsect.Pokok pandan pon hamba tanam dalam pasu. Anak pokok kari dengan pandan pon hamba semai jugak kat belakang..

 Akhir sekali pokok serai..yang ni memang tersangatla suka guna..masak lemak cili api ker, masak cencaru sumbat ker..kalau takde memang tak umphhh...Pokok ubi pon ada sebatang tapi dah hamba tebas..dapatla merasa makan pucuk ubi  muda dengan tempoyak campur daun kunyit..ditambah petai pergh.. memang terangkat


 

Sunday 23 August 2015

Menu Open House Raya Simple Mimple

Dah berhabuk bersawang since last projek DIY. dah busy kerja tak sempat sambung projek-projek tergendala.. Alhamdulilah..meriah sambutan raya tahun ni di mantin.. Siap  buat suprise pada bonda dan ayahanda tersayang sempena harijadi yang ke 50++..Walaupon penat tapi memang berbaloi-baloi..



 Ada anak kecik terpaksa culik makcik jadi chef kat rumah.. Alhamdulillah menu raya tahun ni :
Mee Kari Mamaku
Nasi Impit Pandan
Kuah Kacang meletops
Rendang Tetel 
Bubur Kacang Makndak 
Cocktail Diamond
Roti Jala Kak Ina
Masak Lodeh + Sambal Bilis
Biskut Batik Segera
Air Oren 
Tapi gambar food lupa nak snap..kalut sangat.. 


Tuesday 14 July 2015

Dining Table Idaman Dah Sampai

 Sebelum ni dah pernah upload banyak gambar meja empat segi sama dalam entry Meja Makan Empat Segi Sama Idamanku- Square Table. Memang dah tak boleh dibawak berbincang lagi tentang shape meja itu hahaha..By hook by crook hamba nak jugak meja empat segi sama. Kalau tak hamba rela makan di meja jepun yang comel duduk atas lantai..Kalau tiba-tiba papa kata nak tukar meja shape love ker, bulat ker, mau hamba merajuk seminggu.. 

Kenapa hamba nak sangat meja empat segi sama. Sebab utama ruangan dining table tu memang dah elok jer kalau guna meja square. Kalau pakai meja bulat pon ok..tapi sebab nak cari yang 8 seater dan tak nampak bulky. Lagipon pengalaman kat rumah mak hamba yang pakai meja rectangular bila letak kat sudut orang yang duduk di tengah sukar nak keluar masuk. Sebab lain..meja tu nampak sangat moden dan setakat ni belum nampak lagi kat rumah siapa-siapa. Hamba kan suka lain dari yang lain.Nampak tak mengadanya??

Kenapa tak beli lagi?? Hah kau rasa kenapa? Dah tentu  lah fulus tak ada. Selama 6 bulan hamba survey harga dia atas dari 4K. Mana nak mampu..telan air liur je la.. Yang marble ke yang kayu ke lebih kurang je harga dia. Puas dah merata kedai..merata blog hamba survey.nanhado..Kalau yang RM 2200 tu kerusi tinggi macam kat kopitiam. Habis kalau parent hamba nak naik kena melompat pulak..korang rasa?? macam kurang praktikal pulak kan. 

Baru-baru ni hamba survey kedai perabot area Bandar Teknologi Kajang harga dia letak RM4200, lepas puas tawar menawar dia bagi last price RM3500, dah jeling-jeling papa dah. Pertama kali dapat harga yang bawah 4K. Papa laju je ambik namecard sebab plan nak ambik masa dapat bonus raya. Besoknya lepas lunch kat opis memang selalunya sambil projek mengepam susu sambil blog-walking. Tiba-tiba terjumpa blog ni sinashaari.blogspot.com.


Biar betul apa yang hamba baca nih.. meja SQUARE, 8 SEATER, MARBLE dia beli dalam 2K.diulang..2K.. Entry 3 bulan lepas.. Tanpa membuang masa hamba cari contact no dan text blogger tu. Laju jari jemari halus ku..halus ker?? cari cawangan kedai Perabot Bahagia. Banyak cawangan kedai nih rupanya..Bangi, Kajang, Semenyih, Nilai..mana satu hamba nak pegi?  Lepas jemput baby kat pengasuh terus ajak papa pegi salah satu cawangan Kedai Perabot Bahagia area Semenyih (dalam Tesco). Jeng..jeng..jeng.. harga letak RM2799. Ko rasa ada orang melompat tak dalam kedai tu? Mula lah acara cuba..try..test..siap duduk sebelah menyebelah nak tengok okay ker tak.. tersinggul tangan ker tak kalau duduk berdua satu side. Padahal kalau duduk meja rectangular tu 3 orang satu side..lagi sempit. Ok je kan.. Acara tawar menawar pon berlaku.. dapat kurang lagi RM100. So total RM2699..Beza banyak tu..hampir RM1000. Papa jeling hamba..hamba jeling balik kat papa..rasa-rasa kitorang ambik tak meja tu??

.
.
.
.
.
.



Seghonok sangat..dapat meja makan sebelum raya...bolehlah tetamu tetamu yang bertandang makan dengan selesanya..Alhamdulillah..