Translate

Saturday 19 April 2014

Tropicana Mantin Showhouse

Entri flashback Mac 2013-Kali ni hamba nak ajak jalan- jalan ke Mantin tengok show unit pulak lepas dah bincang2 dengan papa. Kebetulan hari  Sabtu tu papa pon cuti jadi kami pilih petang sikit sebab takde lah panas sangat kan.. Papa pon dah siap call orang yang incharge  Sean  tak silap nama dia untuk tanya jalan terus set appoinment jumpa kat sana dalam pukul 5.30ptg. 

Memandangkan kami dari Bandar Teknologi Kajang tak sampai setengah jam dah sampai sana ikut LEKAS. Jalan memang lapang tak banyak kenderaan langsung. Sebelum sampai Mantin nampak signboard Seri Pajam. Wahhh...hati dah berbunga bunga riang pasang angan angan nak tengok jugak kawasan rumah Seri Pajam bila ada kesempatan nanti. Kali ni fokus ke Mantin dulu...fokus fokus...

Nak masuk construction site ada guard house papa kena tulis detail dulu.. Agaknya untuk rekod la tu kan.. Okeh..next kita menuju dengan jayanya ke show unit.. hah nampak tak dua bijik rumah tu.. rumah yang menghadap belakang tu Phase 1.. semua dah dijual.. sekarang tinggal Phase 2, Semi-D dengan Bungalow..


Bila papa tekan break dan kereta  pon dah berhenti hamba pun apa lagi..laju jer dukung si kecik hayun handbag nak terjah tengok dalaman dia pulak..bahagian luaran memang dah minat ; modern look dan pattern dia tak nampak pelik langsung (sebab hati dah berkenan). Sambil papa tunggu si Sean ni datang sambil hamba dok jengah dari satu sudut ke satu sudut yang lain.. bermula dari dapur ke bilik bawah, ke atas dari satu bilik ke satu bilik yang lain,  toilet dan segenap sudut yang mata ni mampu untuk melilau.. Mula2 tengok yang corner lot..tanah tepi sangat puas tapi harga pon memang puas jugak kalau nak bayar.. Memandangkan harga lot tepi tidak berada dalam skala kemampuan so kita fokus pada yang termampu sahaja. Alhamdulillah syukur dengan apa yang ada sekarang. Takut nanti tak bersyukur Allah SWT tarik balik nikmat tu baru padan muka hamba. Hamba menapak pulak ke rumah sebelah yang intermediate. Wah...memang suka la..suka sangat2..  Sila abaikan jejaka berbaju merah.  


Tak lama lepas tu sampailah encik  Sean dan sesi diskusi pon bermula. Papa yang banyak tanya soalan. hamba hangguk2 jer..macam paham sangat padahal otak dah ke lain. Jangkaan siap pertengahan tahun 2014. Antara soalan lain tentulah prosedur nak beli rumah, macamana nak apply loan, apa dokumen yang perlu disediakan ,bank mana yang lebih baik..anggaran bayaran bulanan, dan macam2 lagi yang difikirkan perlu. Semua maklumat ni perlu dikumpul untuk perancangan semula dan perkiraan bajet. setakat ni dulu n3 kali ni..nanti hamba akan kongsikan lagi gambar2 show unit pada n3 yang akan datang..wasalam..

No comments:

Post a Comment