Translate

Tuesday 10 February 2015

Grill Murah area Mantin dan Pajam


Dah ramai yang kongsi pasal pemilihan grill, design, material so tak perlulah hamba elaborate panjang-panjang. Sebab hamba pon pilih material yang biasa biasa takde maknanya nak pakai wrought iron ker, stainless steel ker, aluminium ker..nanhado.. Bukan dalam budget hamba..Design pon nak yang moden dan simple jer. Lagipon bukannya expert bab-bab material dan design nih.. Lebih baik tanya pada yang pakar. Asalkan design simple dan modern, senang lap, ada safety measure dan paling penting dalam budget..

21/1/2015- Setakat ni hamba belum dapat cari lagi entry grill murah area Pajam dan Mantin. Kebetulan masa tengah mencuci mata di kedai nurseri pokok sementara nak tunggu ambik kunci haritu ,papa bertegur sapa dengan sorang akak nih..Kak Kuza namanya..kebetulan akak tu memang ramah mungkin customer tetap kedai nurseri tu agaknya..Siap papa mintak recommendation kedai grill area Mantin yang boleh dipercayai dengan harga yang mampu milik..Al maklumlah...sepanjang dok blog walking ni rata-rata range harga grill untuk rumah teres dua tingkat mencecah 4-5k jugak untuk material yang biasa-biasa. Belum nak material wrought iron, berdesign bagai..bergantung pada kehendak dan kemampuan masing-masing.. Nasibla hamba dengan papa ni taste lebih kurang jer..nak yang simple-mimple.. Pikirkan senang nak lap kalau berhabuk nanti..


Papa terus buat appoinment dengan En. Hairi 017-3469091 untuk dapatkan sebut harga. Bolehlah buat perbandingan nanti. Selesai urusan pengambilan kunci kami terus tunggu di rumah, boleh dia ukur dan bagi sebut harga terus. Ada sesetengah orang suka ambik ukuran pintu dan tingkap kemudian terjah dari kedai ke kedai untuk dapatkan sebut harga sebelum buat perbandingan... tapi disebabkan hamba ni tengah sarat memboyot malas nak survey satu satu.. makanya panggil jer terus orang datang ukur dan bagi harga. Lagipon percuma, mudah dan menjimatkan masa... Lama jugak tunggu En. Hairi ni dari pukul 3.00pm sampai nak dekat 5.00pm tak muncul -muncul. Hamba dah hampir-hampir nak reschedule sebab nak berkejar ambik anak pulak. 

Pukul 5.15pm hamba dah mintak papa kol nak reschedule...tup tup En Hairi cakap dah sampai guard house... sampai jer terus dia minta maaf. Dia tunjuk beberapa buah rumah yang ambik dengan dia. Kebetulan ada satu rumah jiran kami pon buat dengan dia so papa pon mintak dia buat ukuran dan bagi sebut harga. Untuk design dan material grill yang biasa total dalam RM 2800++. Tu belum nak buat yang tebal sikit macam dalam picture kat atas. Dan kalau nak warna putih ada penambahan harga lagi. Katanya sebab warna putih ni susah sikit kena banyak layer baru sekata dan cantik. Kira-kira dalam 3400++ jugak la...kena pandai nego harga la kalau betol-betol nak...Sempat jugak papa tengok hasil kerja En Hairi, Disebabkan rushing nak ambik anak cuma dapat jumpa En Hairi jer.. 

Masa cuti Wilayah kami berdua decide untuk setelkan hal berkaitan bank dan sekaligus dapatkan sebut harga grill kedua. Next contact kami dapat daripada kawan papa yang pernah buat dengan Mr. Lee (012-6826766 untuk rumah dia kat Pajam. Katanya harga lebih menarik dan kerja pon kemas. On the way ke Mantin papa dah set appointment dan kebetulan memang staff dia tengah buat kerja kat situ dan dia mintak kami deal direct dengan staff (Ah Choi) untuk ukur dan sebut harga. Tak sampai 5 minit Ah Choi sampai depan rumah. Rupanya dia memang tengah buat rumah bertentangan ni jer...patut sepantas kilat sampai. Selepas diukur harga yang ditawarkan untuk design dan material grill yang biasa total dalam RM 2700. Takde extra charge kalau nak warna putih. Blink..blink..Mata bercahaya cahaya... lepas tu kami tunjuk design nak yang palang dia tebal sikit dalam 1.5 inch macam dalam gambar tu...Pandai papa nego...memang dapat murah dari harga yang dia bagi.. Papa memang berkenan sebab bila dibandingkan hasil kerja terutamanya kekemasan pada sliding door memang lebih kemas dan nampak rapat dalam frame tak terkeluar. 

Bergegas kami ke office Mantin Jaya untuk bayar deposit dan lock harga. Sampai jer kat office Mantin Jaya kami buat confirmation harga dan design. Nasib baik papa gatal mulut nak bertanya bila dia bagitau design tebal 6 hon (ukuran yang dia guna) Disebabkan tak pasti 6 hon tu berapa inci, kami mintak sample saiz. Sekali bukan yang macam kami agree. Dan dan tu dia contact Ah Choi untuk confirmkan saiz yang kami nak. Sebab orang office sendiri cakap harga yang kami dapat memang sepatutnya untuk saiz 1 inch yang biasa tu jerk. Kalau papa tak gatal mulut sekali dah siap pasang mau menangis tak berlagu...Katanya boleh siap sebelum Chinese New Year. Setel satu perkara.

Pada yang nak buat grill area Mantin & Pajam boleh cuba mintak sebut harga dulu. Ada jugak kawan-kawan papa yang bagi contact lain tapi kedai nya agak jauh...kalau dikira-kira balik dengan kos pengangkutan lebih kurang jer...lagipon kalau ada problem nak mintak service after sales tu leceh kalau jauh-jauh. Nanti dah siap insyallah hamba upload hasil kerja Mantin Jaya ni.


 


No comments:

Post a Comment