Bila dah tak jadi nak buat roman blind untuk tingkap dapur mulalah project DIY langsir dapur. Masa tempah langsir kat Nilai 3 dah pernah mintak quotation dengan Sri Maju siap 1 jam. Untuk langsir 3 panel dengan harga kain yang sama mencecah RM500++ jugak..macam mahal pulak.. Hasrat hamba nak beroman blind kat dapur terpaksa dilupakan sekejap..Habis tak kan nak biar tingkap dapur bogel je kan.. Maka bermulalah episod google mengoogle mencari idea..yang praktikal, cantik, mudah dan paling penting save cost katanya..
Operasi mencari kain sampai ke Nagoya KL. Kebetulan bondaku memang nak cari kain langsir tambahan..
Ni hasil rembatan di Nagoya. Rambu ramba nak ikat kat langsir sliding.
Pulun mintak papa pasangkan mesin jahit sekali dengan mesin jahit tepi Singer kesayangan hamba.. Lepas potong kain hamba terus pulun menjahit dengan gigih.
Hasil selepas satu jam..taraaaa
Cantik tak langsir nya..
Habis tu macamana dengan roman blind? Nampaknya kena tunggu dululah jawabnya...
No comments:
Post a Comment