Translate

Monday, 18 May 2015

Langsir Murah Nilai 3


Entry kali ni hamba nak share pasal langsir. Bila dah rumah baru mesti nak pakai langsir baru, perabot baru, serba serbi nak baru.. Tapi disebabkan bajet tak ramai hamba plan nak tempah langsir sliding dengan bilik master jer dulu.. Bahagian lain pakai je langsir yang diwakafkan oleh mak mentua tersayang.. Untuk dapur macam gatal tangan nak buat roman blind..tapi nak riki harga dulu.

Sebelum ni puas google dan blog walking mana nak dapat langsir yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ada yang recommend Nagoya(time offer) tak kurang yang suggest kedai area nilai.


 Disebabkan hamba ni dah tunggu hari je nak meletop dan berkejar nak dapatkan harga sebelum GST, kami sepakat terjah kedai yang siap express tu. Ala yang siap 1 jam. Salah satu kedai siap 1 jam yang kami pilih adalah Sri Maju. Kami sepakat untuk tempah bahagian sliding door 3 panel dengan bilik master. Harga yang di letak memang mahal. Tapi awal2 dia bagi diskaun 50% katanya( ntah2 dah memang harga tu kan).

Hamba tak tunggu siap pon sebab tak nak dia buat rushing nanti buruk plak jahitannya.. Papa terus cakap nak ambik esoknya.. Kain yang pakai di sliding (night curtain) RM35/meter selepas diskaun. Total dalam RM 700 untuk night curtain, day curtain dan scallop. Rasa macam okay jer.Lagipon yang dekat hall je nak melaram lebih sikit. 

Untuk master bedroom hamba decide nak guna kain guni ala ala hotel katanya. Yang jenis ni murah sikit dari material yang blackout. Nanti pakai yang blackout mau tak bangun tido. Disebabkan tingkap bilik hamba memang selebar lebar alam mencecah RM400 jugak. Hamba ni jenis alah membeli menang dipakai.. Bukan selalu kan nak feeling mengada ni.


Nak tengok rupa langsir hamba..
Taraaa...


 ni langsir sliding untuk 3 panel. Warna off-white campur grey dengan gold sikit.

Ni pulak langsir untuk master bedroom. Hamba pilih dark brown. 

Jahitan dan servis memang tip top. Pandai diorang matching kan kain dengan warna manik jurai tu. Lepas ni aktiviti mengemas dan mendeko pulak. Disebabkan bajet ciput so pelan pelan kita deco yer. 

Dalam bilik pon nak bubuh chandelier.. Hah jangan tak tau ni lah lampu yang mula2 skali hamba beli dekat House Lighting konon untuk dining area. Tapi sebab tak berapa matching dengan konsep kat ruang tamu tu yang berpindah ke master bedroom. Feeling macam check in hotel tiap kali masuk bilik..

6 comments:

  1. Kalau nak buat langsir buat kst kedai dekat bsndar baru nilai berdekatan dgn kfc..jgn buat kt nilai 3,mahal.Semeter kain baru rm10...klu kt nilai 3 kain semeter sampai rm38

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke no telefonnya sb kalau boleh nk request tempah online

      Delete
  2. kfc y dekt dgn dtran nilai tuh ke ???

    ReplyDelete