Translate

Monday, 16 February 2015

Sweet Mantin: Check Defect Rumah



Entry kali ni hamba nak kongsi pasal fitting dan defect checking.  Fitting list memang diberi oleh developer masa nak ambik kunci. So lepas kita dah check dan pastikan semua item yang disenarai dalam list  memang dah complete dan takde kerosakan, bocor ker longgar ker hilang atau tersumbat ker..kenalah sign borang dan submit balik pada developer. Masa check fitting memang ada dua orang wakil datang check sekali. Selepas kita hantar borang ni sekiranya berlaku sebarang kehilangan developer memang tak akan bertanggung jawab dah. Sebab tu kena pastikan betul-betul, memang semua item dah siap dipasang dan berfungsi kecuali kepala paip luar depan dan belakang sebab dia kata ni yang paling senang nak hilang.


Weekend tu kami decide untuk buat full checking. Barang yang perlu bawa? Skru driver, marker, masking tape, plastik, selotap, phone, test pen , kipas, dan paling penting hamba bawa bekalan air Oren ais, kudapan, penyapu dan tikar. Hahaha..boleh nak berkelah plak kan..
  • Elektrik (plug/soket , suis, main wiring
  • Air (tangki,paip limpah, water pressure) 
  • Leakage lantai (toilet atas), bumbung atau plumbing/pipping (sinki dapur/toilet). 
  • Tiles (dinding, lantai) 
  • Dinding (crack /cat /plaster tak rata) 
  • Frame tingkap dan pintu, tombol, sliding door 
  • Kunci (kunci duplicate ,access card)
Elektrik (plug/socket, suis, main wiring)

Nak check elektrik kena on dulu main suis , papa mula-mula ingat nak guna kipas check soket 3 pin lepas tu baru teringat ada charger..pakai charger pon boleh.. setiap soket dan suis dalam bilik kena check macam kat atas ni ada lubang dan  suis tu macam tak berapa kemas boleh tolak-tolak. Salah satu bilik atas memang takde plug dan suis lampu untuk family hall pon takde. Siap pegi rumah sebelah lagi nak confirmkan. 


  Air (tangki,paip limpah, water pressure) 


Tangki- Kalau boleh panjat check atas bumbung takut ada bocor ker, tangki kotor ker .
Paip limpah-Kena test jugak kalau pelampung tak berfungsi air melimpah kemana?
Water pressure- Papa buka semua paip atas bawah nak tengok pressure air. 


Leakage lantai (toilet atas), bumbung atau plumbing/pipping (sinki dapur/toilet.


Seterusnya, aktiviti mengolamkan bilik air. Supaya dapat check kalau berlaku leaking disebabkan sealer pada lantai dan dinding atau ada paip yang bocor. Macam gambar atas ni kat bilik master. Tiba-tiba nampak serapan air dari dinding sebelah tangga. Bila papa kolamkan lagi bilik air makin merebak kesan bocor tu.




Tiles (dinding, lantai)
Kalau rumah yang ada tile macam biasalah kena check lompong ke tak.. Boleh guna belakang skru driver atau belakang  tukul. Kalau bunyi kosong boleh tandakan dengan masking tape dan marker.


 
Gigih jugak papa check tile tu satu-satu.





Dinding (crack /cat /plaster tak rata)
Crack setakat ni takde Cuma kesan tampal lubang yang dokirek untuk buat wiring soket Nampak berlekuk. Kalau cat tak rata atau sopek pon boleh complaint juga. 

Frame tingkap dan pintu, tombol, sliding door
Untuk setiap tingkap dan pintu buka luas-luas mana tau ada yang tersangkut, sopek tinggi sebelah pon kena inform dalam defect listing. Macam rumah hamba pintu bilik bawah ada lubang sebab potong tak ngam. Sliding door pon ada masalah selak. Tak boleh selak dari dalam. 

Kunci (kunci duplicate ,access card)
Kunci yang banyak ni kena check satu-satu. Untuk pintu yang mana dan pastikan kunci duplicate tu elok. Sementara menunggu papa..aktiviti hamba adalah melabel semua kunci-kunci macam kat dalam gambar ni. 





Kebetulan masa nak isi borang defect ada staff yang available jadi kami heret sekali supaya senang dia yang isikan borang.. Yang baju hijau tu macam mandor plak.. 

Nak check defect memang kena gigih dan perlukan kesabaran yang sangat tinggi.




No comments:

Post a Comment