Translate

Tuesday, 17 February 2015

KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE (KPMC KAJANG) 2015



17 February 2015- Tak sempat nak bersalin anak kedua dengan Dr. Jamil Mohd Sharif. Masa turun kereta dah pelik kenapa gelap jer klinik? Hamba salah tarikh appointment ker? Kenapa signage kat pintu CLOSED. Hamba disapa oleh seorang nurse muda. Puan ada appointment dengan Dr. Jamil ker? Maaf puan Dr. Jamil dah tak ada.. Dia dah meninggal... (Innalillahiwainnailaihirojiun).. Bila? Hamba macam blurr.. Baru jer sebelum magrib tadi puan. Termenung...

Terus terbayang apa yang Dr. Jamil cakap 3 minggu lepas. Ya Allah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Balik rumah masih tak dapat lupakan apa yang nurse muda tu cakap. Terngiang-ngiang macam tak percaya... 

Kena datang balik esok untuk tukar doktor..Semoga kelahiran kali ni dipermudahkan. Terganggu betol emosi hamba.. Terima kasih Dr. Jamil kerana perkhidmatan yang terbaik sebelum ni..

No comments:

Post a Comment