Entry kali ni hamba nak kongsi
pasal fitting dan defect checking. Fitting list memang
diberi oleh developer masa nak ambik kunci. So lepas kita dah check dan
pastikan semua item yang disenarai dalam list memang dah complete dan takde kerosakan, bocor
ker longgar ker hilang atau tersumbat ker..kenalah sign borang dan submit balik
pada developer. Masa check fitting memang ada dua orang wakil datang check
sekali. Selepas kita hantar borang ni sekiranya berlaku sebarang kehilangan
developer memang tak akan bertanggung jawab dah. Sebab tu kena pastikan
betul-betul, memang semua item dah siap dipasang dan berfungsi kecuali kepala
paip luar depan dan belakang sebab dia kata ni yang paling senang nak hilang.
Weekend tu kami decide untuk buat
full checking. Barang yang perlu bawa? Skru driver, marker, masking tape,
plastik, selotap, phone, test pen , kipas, dan paling penting hamba bawa
bekalan air Oren ais, kudapan, penyapu dan tikar. Hahaha..boleh nak berkelah
plak kan..
- Elektrik
(plug/soket , suis, main wiring
- Air (tangki,paip
limpah, water pressure)
- Leakage lantai
(toilet atas), bumbung atau plumbing/pipping (sinki dapur/toilet).
- Tiles
(dinding, lantai)
- Dinding (crack
/cat /plaster tak rata)
- Frame tingkap
dan pintu, tombol, sliding door
- Kunci (kunci
duplicate ,access card)
Elektrik
(plug/socket, suis, main wiring)
Nak check
elektrik kena on dulu main suis , papa mula-mula ingat nak guna kipas check
soket 3 pin lepas tu baru teringat ada charger..pakai charger pon boleh..
setiap soket dan suis dalam bilik kena check macam kat atas ni ada lubang
dan suis tu macam tak berapa kemas boleh
tolak-tolak. Salah satu bilik atas memang takde plug dan suis lampu untuk
family hall pon takde. Siap pegi rumah sebelah lagi nak confirmkan.
Air (tangki,paip
limpah, water pressure)
Tangki- Kalau
boleh panjat check atas bumbung takut ada bocor ker, tangki kotor ker .
Paip limpah-Kena
test jugak kalau pelampung tak berfungsi air melimpah kemana?
Water pressure-
Papa buka semua paip atas bawah nak tengok pressure air.
Leakage lantai
(toilet atas), bumbung atau plumbing/pipping (sinki dapur/toilet.
Seterusnya, aktiviti mengolamkan bilik air. Supaya dapat check kalau
berlaku leaking disebabkan sealer pada lantai dan dinding atau ada paip yang
bocor. Macam gambar atas ni kat bilik master. Tiba-tiba nampak serapan air dari dinding sebelah tangga. Bila papa kolamkan
lagi bilik air makin merebak kesan bocor tu.
Tiles
(dinding, lantai)
Kalau
rumah yang ada tile macam biasalah kena check lompong ke tak.. Boleh guna
belakang skru driver atau belakang tukul. Kalau bunyi kosong boleh
tandakan dengan masking tape dan marker.
Gigih jugak papa
check tile tu satu-satu.
Dinding (crack /cat /plaster tak rata)
Crack
setakat ni takde Cuma kesan tampal lubang yang dokirek untuk buat wiring soket Nampak
berlekuk. Kalau cat tak rata atau sopek pon boleh complaint juga.
Frame
tingkap dan pintu, tombol, sliding door
Untuk
setiap tingkap dan pintu buka luas-luas mana tau ada yang tersangkut, sopek
tinggi sebelah pon kena inform dalam defect listing. Macam rumah hamba pintu
bilik bawah ada lubang sebab potong tak ngam. Sliding door pon ada masalah
selak. Tak boleh selak dari dalam.
Kunci
(kunci duplicate ,access card)
Kunci
yang banyak ni kena check satu-satu. Untuk pintu yang mana dan pastikan kunci
duplicate tu elok. Sementara menunggu papa..aktiviti hamba adalah melabel semua
kunci-kunci macam kat dalam gambar ni.
Kebetulan
masa nak isi borang defect ada staff yang available jadi kami heret
sekali supaya senang dia yang isikan borang.. Yang baju hijau tu macam
mandor plak..
Nak check defect memang kena gigih dan perlukan kesabaran yang sangat tinggi.