Translate

Tuesday, 14 July 2015

Dining Table Idaman Dah Sampai

 Sebelum ni dah pernah upload banyak gambar meja empat segi sama dalam entry Meja Makan Empat Segi Sama Idamanku- Square Table. Memang dah tak boleh dibawak berbincang lagi tentang shape meja itu hahaha..By hook by crook hamba nak jugak meja empat segi sama. Kalau tak hamba rela makan di meja jepun yang comel duduk atas lantai..Kalau tiba-tiba papa kata nak tukar meja shape love ker, bulat ker, mau hamba merajuk seminggu.. 

Kenapa hamba nak sangat meja empat segi sama. Sebab utama ruangan dining table tu memang dah elok jer kalau guna meja square. Kalau pakai meja bulat pon ok..tapi sebab nak cari yang 8 seater dan tak nampak bulky. Lagipon pengalaman kat rumah mak hamba yang pakai meja rectangular bila letak kat sudut orang yang duduk di tengah sukar nak keluar masuk. Sebab lain..meja tu nampak sangat moden dan setakat ni belum nampak lagi kat rumah siapa-siapa. Hamba kan suka lain dari yang lain.Nampak tak mengadanya??

Kenapa tak beli lagi?? Hah kau rasa kenapa? Dah tentu  lah fulus tak ada. Selama 6 bulan hamba survey harga dia atas dari 4K. Mana nak mampu..telan air liur je la.. Yang marble ke yang kayu ke lebih kurang je harga dia. Puas dah merata kedai..merata blog hamba survey.nanhado..Kalau yang RM 2200 tu kerusi tinggi macam kat kopitiam. Habis kalau parent hamba nak naik kena melompat pulak..korang rasa?? macam kurang praktikal pulak kan. 

Baru-baru ni hamba survey kedai perabot area Bandar Teknologi Kajang harga dia letak RM4200, lepas puas tawar menawar dia bagi last price RM3500, dah jeling-jeling papa dah. Pertama kali dapat harga yang bawah 4K. Papa laju je ambik namecard sebab plan nak ambik masa dapat bonus raya. Besoknya lepas lunch kat opis memang selalunya sambil projek mengepam susu sambil blog-walking. Tiba-tiba terjumpa blog ni sinashaari.blogspot.com.


Biar betul apa yang hamba baca nih.. meja SQUARE, 8 SEATER, MARBLE dia beli dalam 2K.diulang..2K.. Entry 3 bulan lepas.. Tanpa membuang masa hamba cari contact no dan text blogger tu. Laju jari jemari halus ku..halus ker?? cari cawangan kedai Perabot Bahagia. Banyak cawangan kedai nih rupanya..Bangi, Kajang, Semenyih, Nilai..mana satu hamba nak pegi?  Lepas jemput baby kat pengasuh terus ajak papa pegi salah satu cawangan Kedai Perabot Bahagia area Semenyih (dalam Tesco). Jeng..jeng..jeng.. harga letak RM2799. Ko rasa ada orang melompat tak dalam kedai tu? Mula lah acara cuba..try..test..siap duduk sebelah menyebelah nak tengok okay ker tak.. tersinggul tangan ker tak kalau duduk berdua satu side. Padahal kalau duduk meja rectangular tu 3 orang satu side..lagi sempit. Ok je kan.. Acara tawar menawar pon berlaku.. dapat kurang lagi RM100. So total RM2699..Beza banyak tu..hampir RM1000. Papa jeling hamba..hamba jeling balik kat papa..rasa-rasa kitorang ambik tak meja tu??

.
.
.
.
.
.



Seghonok sangat..dapat meja makan sebelum raya...bolehlah tetamu tetamu yang bertandang makan dengan selesanya..Alhamdulillah..



2 comments:

  1. wah cantiknya meja makan dia. Kedai perabot tu kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis..kedai perabot bahagia sdn bhd ni banyak cawangan..yang saya pegi ni area semenyih..

      Delete