Berminat nak
menghias rumah tapi..KEKURANGAN bajet? Apa cara yang boleh kita gunakan? Tak
semua orang mampu untuk buat loan dan punyai banyak Wang simpanan lebihan
terutamanya selepas membeli rumah baru. Macam hamba sendiri memang tak terpikir
nak buat personal loan untuk melengkapkan barangan dalam rumah..apatah lagi
berhutang dengan Court Mammoth..sanggup hamba bersabar dan mengumpul walaupon
akan ambik masa yang lebih lama. Janji free interest..
Masing-masing
punya cara tersendiri.. Alternative yang hamba guna adalah dengan menerjah ke
kedai second hand. Kedai second hand ni memang best dan berpatutan. Terutamanya
bila dapat bargain… Kebanyakan kedai second hand ni menjual barangan lama hotel
dan harganya jauh lebih murah. Tapi kena pandai pilih.. Nak murah tapi nampak mahal..Memang tagline hamba kalau berbelanja..
Area
Kajang-Mantin ada 2-3 tempat kedai second hand yang kami singgah. Area Bandar
Teknologi Kajang belakang billion, kat sini ada 2 kedai.. pusing2 jer kat
situ.. Area Semenyih pon ada 2 kedai.. Satu betul-betul terletak tepi jalan.
Tak macam kedai..lebih macam kilang pelupusan..takder signage yang obvious.
Tapi kalau dari pekan Semenyih, kilang ni sebelah kanan. Lepas Mc Donald, sampai
simpang Tesco(sebelah kiri) standby kanan untuk u-turn. Jalan macam nak turun bukit
sikit..tak sampai 20 meter rasanya..First time pergi 2 kali pusing sebab terlajak..
Barangan yang hamba beli dari beberapa kedai..
Bantal bulu
itik.. sebiji RM20 je..borong 4 biji..
Boleh cuci letak Clorox sikit dengan sabun..Jemur
tengah panas kaw kaw.. Macam baru..
Penyangkut ni RM50 sahaja..
Bench ni RM150
sahaja..
Tak semestinya kalau nak menghias rumah kena guna barang yang mahal-mahal..Kalau rajin survey dengan barangan second hand pon mampu mengayakan rumah ala-ala hotel 5 bintang..Yang penting tepuk dada tanya poket..
No comments:
Post a Comment