Assalamualaikum wbt..
Entri sebelum ni hamba ada beritahu tentang keternampakkan kawasan perumahan baru semasa on the way ke Mantin.. Sri Pajam nama tempatnya.. ikutkan jarak antara Pajam dengan Mantin takdelah jauh sangat lebih kurang 5km tapi kalau berjalan kaki boleh berdarah jugak lutut dibuatnya..
Disebabkan masih dalam survey stage lagi so, selagi boleh hamba nak tengok option yang ada. Yelah nak beli rumah macam nak pilih teman hidup jugak.. Bukan boleh ditukar ganti selalu seperti baju.. Lainlah kalau berkemampuan tinggi..
Hamba memang niat nak survey rumah teres dua tingkat jugak sebab nak compare.. Yang hamba tengok rumah teres 2 tingkat 20 x 70, 5 bilik, belakang santak habis memang takde chance nak tanam pandan, pokok kari mahu pon serai.. Dari segi finishing dinding dia pakai konkrit sekeping sekeping macam puzzled. Kalau nak renovate agak susah sebab kena dismantle satu keping. Yang paling penting harga dia memang lebih tinggi dari rumah kat Mantin sebab projek dah hampir siap. Beza dalam 150k lagi..
Disebabkan hamba tak snap gambar jadi pinjam dari encik google je lah
Dah alang alang hamba kat sana saja pujuk papa pergi tengok rumah semi-D dan bungalow. Tak dapat beli dapat tengok pon jadilah.. Nak jugak tau rumah yang harga juta- juta ni macamana bentuk dia..bukan apa show unit Sri Pajam siap dengan interior design sekali.. Sambil menyelam sambil minum air, mana tau boleh jadi cetusan ilham nak decorate rumah nanti..Harga memang mencecah juta- juta.. Hamba kalau setakat main jutaria tu bolehla..
So apa keputusan papa? Nantikan entri seterusnya..wasalam.
No comments:
Post a Comment