Booking Rumah
Booking fee atau deposit ni menandakan
tahap keseriusan kita nak beli.. ala2 chup dulu..tapi tak semestinya confirm
dapat, sebab kena tengok juga status pemohon samada layak atau tidak. Jumlah
deposit yang dikenakan adalah berbeza bergantung kepada developer masing-masing.
Macam hamba booking fee agak tinggi dalam 3K kalau tak silap. Duit booking ni
kalau katakan loan tak lepas selepas habis semua bank di cuba, developer akan
pulangkan balik kepada kita. Tapi kalau kita yang tiba tiba gatal nak cancel
rasanya burn macam tu jer atau hanya sebahagian julah yang akan dipulangkan (
tengok developer jugak). So kalau nak letak booking fee tu sebaiknya memang dah
habis pikir dan agak-agak dah nak sangat- sangat. Nanti tak pasal2 burn duit
booking . Kalau lepas permohonan loan,
amount loan yang dimohon akan ditolak dengan booking fee.
Contoh :-
Harga Rumah
RM 349,200
- Booking Fee
RM 3,000
Loan Amount
RM 346,200*
* Ni contoh sahaja kalau loan 100%.
Biasanya loan sangat jarang lepas 100%
perlu ada 10% deposit. Tapi kalau takde deposit sebanyak itu macamna? Ada cara
lain tak? Mungkin boleh bincang balik dengan property agent anda cara untuk
cover deposit yang 10% tadi.
Translate
Monday, 21 April 2014
Seri Pajam
Assalamualaikum wbt..
Entri sebelum ni hamba ada beritahu tentang keternampakkan kawasan perumahan baru semasa on the way ke Mantin.. Sri Pajam nama tempatnya.. ikutkan jarak antara Pajam dengan Mantin takdelah jauh sangat lebih kurang 5km tapi kalau berjalan kaki boleh berdarah jugak lutut dibuatnya..
Disebabkan masih dalam survey stage lagi so, selagi boleh hamba nak tengok option yang ada. Yelah nak beli rumah macam nak pilih teman hidup jugak.. Bukan boleh ditukar ganti selalu seperti baju.. Lainlah kalau berkemampuan tinggi..
Hamba memang niat nak survey rumah teres dua tingkat jugak sebab nak compare.. Yang hamba tengok rumah teres 2 tingkat 20 x 70, 5 bilik, belakang santak habis memang takde chance nak tanam pandan, pokok kari mahu pon serai.. Dari segi finishing dinding dia pakai konkrit sekeping sekeping macam puzzled. Kalau nak renovate agak susah sebab kena dismantle satu keping. Yang paling penting harga dia memang lebih tinggi dari rumah kat Mantin sebab projek dah hampir siap. Beza dalam 150k lagi..
Disebabkan hamba tak snap gambar jadi pinjam dari encik google je lah
Dah alang alang hamba kat sana saja pujuk papa pergi tengok rumah semi-D dan bungalow. Tak dapat beli dapat tengok pon jadilah.. Nak jugak tau rumah yang harga juta- juta ni macamana bentuk dia..bukan apa show unit Sri Pajam siap dengan interior design sekali.. Sambil menyelam sambil minum air, mana tau boleh jadi cetusan ilham nak decorate rumah nanti..Harga memang mencecah juta- juta.. Hamba kalau setakat main jutaria tu bolehla..
So apa keputusan papa? Nantikan entri seterusnya..wasalam.
Saturday, 19 April 2014
Tropicana Mantin Showhouse
Entri flashback Mac 2013-Kali ni hamba nak ajak jalan- jalan ke Mantin tengok show unit pulak lepas dah bincang2 dengan papa. Kebetulan hari Sabtu tu papa pon cuti jadi kami pilih petang sikit sebab takde lah panas sangat kan.. Papa pon dah siap call orang yang incharge Sean tak silap nama dia untuk tanya jalan terus set appoinment jumpa kat sana dalam pukul 5.30ptg.
Memandangkan kami dari Bandar Teknologi Kajang tak sampai setengah jam dah sampai sana ikut LEKAS. Jalan memang lapang tak banyak kenderaan langsung. Sebelum sampai Mantin nampak signboard Seri Pajam. Wahhh...hati dah berbunga bunga riang pasang angan angan nak tengok jugak kawasan rumah Seri Pajam bila ada kesempatan nanti. Kali ni fokus ke Mantin dulu...fokus fokus...
Nak masuk construction site ada guard house papa kena tulis detail dulu.. Agaknya untuk rekod la tu kan.. Okeh..next kita menuju dengan jayanya ke show unit.. hah nampak tak dua bijik rumah tu.. rumah yang menghadap belakang tu Phase 1.. semua dah dijual.. sekarang tinggal Phase 2, Semi-D dengan Bungalow..
Bila papa tekan break dan kereta pon dah berhenti hamba pun apa lagi..laju jer dukung si kecik hayun handbag nak terjah tengok dalaman dia pulak..bahagian luaran memang dah minat ; modern look dan pattern dia tak nampak pelik langsung (sebab hati dah berkenan). Sambil papa tunggu si Sean ni datang sambil hamba dok jengah dari satu sudut ke satu sudut yang lain.. bermula dari dapur ke bilik bawah, ke atas dari satu bilik ke satu bilik yang lain, toilet dan segenap sudut yang mata ni mampu untuk melilau.. Mula2 tengok yang corner lot..tanah tepi sangat puas tapi harga pon memang puas jugak kalau nak bayar.. Memandangkan harga lot tepi tidak berada dalam skala kemampuan so kita fokus pada yang termampu sahaja. Alhamdulillah syukur dengan apa yang ada sekarang. Takut nanti tak bersyukur Allah SWT tarik balik nikmat tu baru padan muka hamba. Hamba menapak pulak ke rumah sebelah yang intermediate. Wah...memang suka la..suka sangat2.. Sila abaikan jejaka berbaju merah.
Tak lama lepas tu sampailah encik Sean dan sesi diskusi pon bermula. Papa yang banyak tanya soalan. hamba hangguk2 jer..macam paham sangat padahal otak dah ke lain. Jangkaan siap pertengahan tahun 2014. Antara soalan lain tentulah prosedur nak beli rumah, macamana nak apply loan, apa dokumen yang perlu disediakan ,bank mana yang lebih baik..anggaran bayaran bulanan, dan macam2 lagi yang difikirkan perlu. Semua maklumat ni perlu dikumpul untuk perancangan semula dan perkiraan bajet. setakat ni dulu n3 kali ni..nanti hamba akan kongsikan lagi gambar2 show unit pada n3 yang akan datang..wasalam..
Thursday, 17 April 2014
Survey Rumah Impian
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT,hamba dapat melepasi stage2 kehidupan macam orang lain jugak.. belajar, bekerja, berumah tangga dan dah upgrade status jadi seorang mama.. Wink2
Alkisah boleh terbuka hati nak beli rumah bila papa beria ria nak beli superbike Z800
Kebetulan ternampak pamplet rumah yang terselit celah pagar.. Belek punya belek terus gatal tangan kol papa.. Rupa- rupanya papa pon dapat pamplet yang sama siap dah simpan dalam beg nak tunjuk kat hamba tapi terlupa.. Ok hamba maafkan.. So kami pon decide untuk tengok rumah impiam.. Hamba dah tersengih memasang angan- angan.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT,hamba dapat melepasi stage2 kehidupan macam orang lain jugak.. belajar, bekerja, berumah tangga dan dah upgrade status jadi seorang mama.. Wink2
Alkisah boleh terbuka hati nak beli rumah bila papa beria ria nak beli superbike Z800
'
Daripada bulan2 bayar motor yang boleh naik dua orang jer.. Lepastu bila hujan basah jugak kan baik hamba pujuk papa beli rumah..konon2 nak distract attention papa.Kebetulan ternampak pamplet rumah yang terselit celah pagar.. Belek punya belek terus gatal tangan kol papa.. Rupa- rupanya papa pon dapat pamplet yang sama siap dah simpan dalam beg nak tunjuk kat hamba tapi terlupa.. Ok hamba maafkan.. So kami pon decide untuk tengok rumah impiam.. Hamba dah tersengih memasang angan- angan.
Subscribe to:
Posts (Atom)