Certificate of Completion and Compliance atau CCC adalah Perakuan Siap dan Pematuhan. Dulu –dulu dipanggil Certificate of Fitness for Occupation atau CFO/ CF iaitu Perakuan Kelayakan Menduduki. Apa beza nya? sama jer cuma nama ada lain sikit.. Bila dah dapat CF @ OC @ CCC itu tandanya rumah kita dah dapat Perakuan Siap dan Pematuhan. Perakuan CF @ OC @ CCC menandakan rumah yang dah disiapkan memenuhi ciri- ciri kesihatan, keselamatan dan kemudahan yang ditetapkan. Antara aspek yang dilihat seperti jalan (akses), struktur rumah, pembentungan, bekalan air & elektrik dan lain-lain. Kalau rumah dah lama siap tapi belum dapat CF @ OC @ CCC besar kemungkinan ada masalah melibatkan ciri-ciri yang telah ditetapkan.
Macamana rupa CF @ OC @ CCC. Boleh la tengok yang rumah
hamba punya nih...Disebabkan CF @ OC @ CCC ala-ala surat beranak rumah,
kenalah simpan elok- elok.
Alhamdulillah….lega dah dapat sijil takdelah risau projek
terbengkalai separuh jalan... jenuh nak bayar interest tapi rumah tak
siap-siap...hah boleh pitam kalau macam tuh..mintak simpang malaikat 44... CF @
OC @ CCC kalau belum dapat jangan memandai mandai pulak nak mintak kunci sebab
tempoh tanggung kerosakan dikira bermula dari tarikh terima kunci.
Next story hamba akan kongsi apa yang perlu dibuat bila kunci dah berada di telapak tangan anda... Tengah berangan sambil tersenyum..