Translate

Wednesday, 16 July 2014

Rumah Mantin- Update Progress July 2014

Lagi update progress rumah kat Mantin.. Jalan sudah tar.. Hooreyyyy! Bila dia dah tar jalan memang guard tak bagi kereta masuk keluar.. Agaknya tak nak bagi jalan kotor..  jadi kenalah menapak dengan gigih untuk tengok rumah hamba.. Lagipon dekat entrance guard siap letak tong drum 3 biji. 

Kali kedua pegi ni tong drum dah takder.. Ada peluang nak masuk pakai kereta.. hamba ni kan puteri lilin kebetulan sekecil tidur apalagi.. Papa pon gunakan kemahiran PR dia untuk kow team dengan pak guard alasan anak tidur susah nak jalan kaki.. Ikutkan memangla tak jauh tapi kalau tengah terik boleh basah jugak baju dengan dukung budak tidur...


Nilah lorong rumah hamba..

Siap buat laluan air depan rumah. Bagus ker tak??Sebab rumah mama hamba memang kesian owner yang duduk rumah menurun asyik rosak jer tar depan rumah dia sebab bila hujan , orang cuci kereta ker pasti akan meleleh ke bawah.. Lama lama rosak dan berlubang.. Harap harap takdelah jadi macam tu sebab rumah hamba pon menurun sikit..


Tah kenapa developer buat konkrit kat sinki tu.. Nanti kena pecah jugak..

Si kecil tidur kena usung jugak..


Okay setakat ni dulu update bab rumah.. Lepas ni macam- macam nak di explore.. Lampu, kipas, grill, plaster ceiling, kabinet dapur.. Memang peninglah... So kalau ada rakan2 yang ada cadangan best sila2 kongsi.. Dan insyallah hamba pon akan update supaya dapat jadi rujukan untuk rakan2 yang dekat area mantin nih..
Sekian.





Friday, 11 July 2014

Rumah Mantin - Update Progress May 2014



Salam u olls.. Entry kali ni nak cerita perkembangan rumah yang dah hampir 70 peratus nak siap. Tinggal nak pasang cermin, sliding door, toilet bowl dan ada lagi yang sikit sikit.

 Jalan pun dah diratakan letak batu..tunggu nak tar jer..actually bahagian depan dah tar separuh cuma yang hujung tang rumah hamba ni belum setel..


Harap- harap lepas tar janganlah tinggi sangat dari jalan..


Yang bahagian belakang dah tar.. 

Tunggu update next entry pulak!
Sekian

Tuesday, 8 July 2014

Deposit Bil Air dan Api 3Phase Rumah Baru

Memandangkan hari ni hamba tak kerja.. Cuti sakit ler konon kononnya dapatla hamba update story pasal rumah kat Mantin ni.. Kalau tak bersawang lah jawabnya..

Bila rumah baru ni memang macam2 kena prepare nak sambungkan letrik dan air pon ada connection fee nya.. Macam rumah hamba TNB cas RM 210.00 + RM 20.00 untuk stamping. Ni untuk sambungan yang 3 fasa (3phase). 3 phase ni lebih selamat dari single phase supaya takdelah masalah power supply kalau kita buka semua alatan eletrik serentak.. Untuk penyambungan air pulak SAINS kenakan cas RM 135.00. Semua bayaran ni developer dah uruskan dulu sekali dengan cukai tanah. Mungkin untuk cepatkan proses kalau nak tunggu sorang sorang datang bayar bila nak siap ye tak? Dah setel semua baru developer akan inform owner untuk buat bayaran kat developer office. Papa jer yang pergi uruskan hal pembayaran walaupon hamba excited nak mengikut nak tengok perkembangan rumah.. Nasib baik papa memahami gelodak hati hamba.. Siap ambik kan gambar lagi.


Ni lah rupanya...