Translate

Friday, 9 May 2014

Zoom in Rumah Mantin

Salam readers..
Seperti yang pernah hamba janjikan pada entri yang lepas hamba akan zoom in sudut dalam rumah teres dua tingkat dengan bukaan 22 x 80. Disebabkan design rumah tidak berseluk seluk jadi ruangan di setiap sudut dapat dimaksimakan.


Tempat parkir kereta complement dengan tile. Finishing yang menarik. Tak payah nak pikir2 nak bubuh tile macamana.
Ruangan dapur complete tile sampai atas. Dulu2 separuh dinding jer. Tak payah nak pikir2 nak cat kaler apa pulak.Cuma nak gantung2 kena pakai drill tak boleh main paku2 jer.. Tapi tang sinki tu tiba2 dia buat konkrit plak..rasa macam tak payah pon takper. Kalau nak buat kitchen cabinet confirm akan dipecahkan..sebab angan2 nak pakai dua sinki... dah terbiasa pakai  dua sinki kat rumah sewa ni.. macam best jer.



Ni ruangan bilik ke dua dan ke tiga. Gambar hall atas terlupa nak snap sebab ruang dia tidak begitu besar tapi kalau takat nak duduk tengok tv tu lepas lah..

Ni pulak ruang bilik bawah. Kat ruang tingkap tu macam sesuai jer nak letak mesin basuh sebelah luarnya. sebab memang dah berbumbung ngam2 jer masuk mesin. Cuma tak perasan ada plug ker tak. tak belek betul2 lagi.

Ni pulak master bedroom nyer. Suka sangat sebab pintu bilik air dia letak kat tepi jadi kalau nak susun2 almari memang tak payah nak gaduh2 sekerat sana sekerat sini. Boleh susun sebelah sebelah. Tingkap dia jenuh okeh nak buat langsir..

Ruang lain yang tak sempat snap adalah ruang toilet. Finishing tile sampai ke atas jugak. Shower dia pon pakai yang besar gedabak tu..Puas nak mandi macam kat bawah ni. Memang modern look la kan..
 
So lepas ni kena bersiap sedia lah.. Ini baru phase pertama banyak lagi lepas ni .. Nak masuk nanti ada lagi bermacam macam  yang nak dibuat.. Insyaallah ada kelapangan akan saya kongsikan lagi.. 

Thursday, 8 May 2014

Apply Loan Rumah

Assalamualaikum.. hamba berharap dengan adanya blog ini dapatlah berkongsi pengalaman hamba yang tidak seberapa sebab hamba sendiri mempunyai masalah untuk mencari blog yang berkisarkan tentang perumahan di area Mantin baik dari segi pengalaman membeli, pengubahsuaian , dekorasi dll. Diharapkan perkongsian hamba dapat memberi sedikit idea dan sekiranya ada yang false and flaws hamba dengan segala rendah diri memohon maaf. Lagipon mana tahu ada kawan-kawan kat luar sana yang tengah tercari- cari maklumat tentang perumahan area sini. Kot-kot jiran sebelah tangga ker..

Okay.. Berbalik pada tajuk permohonan loan@ pinjaman perumahan. Setelah ditimbang tara papa bersetuju untuk try submit loan. Kita cuba dulu.. Kalau tak lepas kita cari yang lain. Kalau lepas Alhamdulillah..


Persediaan dokumen perlu dilakukan. Biasanya akan diberikan satu document checklist,  kita hanya perlu sediakan ikut senarai itu sahaja;

a) salinan IC
b) Slip gaji 3 bulan
c) Penyata KWSP
d) Penyata Bank
e) Borang EA
Semua dokumen ini mestilah yang terbaru. Ada sesetengah bank perlukan 6 bulan pay slip atau bank statement terutamanya jika pemohon adalah daripada sales background yang memang basic biasa biasa ajer tapi mempunyai komisen yang tinggi.

Kita juga perlu tahu samada ingin buat loan bersama ( suami isteri join income) atau sendiri2. Boleh juga join loan tapi rumah satu penama atau single loan tapi nak letak dua penama. Mana- mana pun boleh ikut suka hati.


Setakat ni dulu perkongsian hamba..